November 28th, 2010
Cameron Highland 2010
last week, kami ke Cameron Highland (CH).. Isteriku kata, ini sambutan Honeymoon terakhir sebelum menyambut cahaya mata pertama kami.. Kami ke CH melalui Raub – Sungai Koyan – Ringlet.. Perjalanan kami dari Raub ke CH mengambil masa selama 1 jam 45 minit.. Keadaan jalan ini memang agak baik namun korang kena berhati2 sebab ada few spot yang dah runtuh sket.. But in my personal opinion, better korang ikot simpang pulai coz agak merbahaya bila malam hari.. Takde lampu jalan, coverage telefon pon xde, dan paling teruk, xbanyak kete yang lalu jalan ni.
Kami tiba di Tanah Rata pukul 7.30 mlm.. Alang2 dah mlm, terus kami ke Pasar Malam Brinchang.. Cuaca mlm tu memang dingin, best giler.. Kami jalan2 kejap je kat sini sebab terlalu ramai orang.. Jalan pon becak sedikit.. Pekena Jagung bakar, Strawberry celup coklat dgn Murtabak Rm2.50.. Memang terasa amat lapar disebabkan cuaca yang sejuk nie..
mkn Strawberry celup choc..
layan kopi n teh tarik kat kedai Nasi Kandar cameron
supper kek dan kopi strawberry b4 tido
Keesokkan harinya, kami gerak ke tanah rata pekena roti canai dgn nasi lemak sebagai pengalas perut.. Selepas selesai aje, kami gerak ke Strawberry Farm kat Kea Farm coz kat sini memang lebih besar sket.. Awal pagi memang best pluck strawberry sebab org belum ramai.. SO bergambar sebanyak mungkin…
snap depan entrance
bergaya bini ku amek pluck starwberry
Setelah puas memetik Strawberry kami ke pasar tani kat Kea Farm, right before equatorial hotel.. Orang dah membanjiri pasar nie, kami juz nk beli jagung dgn sedekit oren dan ubi favorite bini aku.. Dah selesai membeli, kami ke Cactus Valley sebentar untuk bergambar aje pada mulanya.. Tapi bila dah masuk, membeli pon ada.. Hahahaha…
dalam Cactus Valley
Tepat kol 11 am, kami pulang ke hotel and check – out dan gerak ke Tea Farm berdekatan Labu.. Kawasannya tea ni memang luas, disebabkan kesihatan ibu mengandung, kami bergambar ditinggian singgahsana Cameron Highland Tea Farm nie..
berlakon kat tea farm
Comel Ladang Tea nie.









